|
Kerja penambahbaikan termasuk daripada landskap masih belum selesai\rMENJELANG dua hari saja lagi acara pembukaan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara di Palembang, tuan rumah ternyata bergelut dengan tekanan menyempurnakan kerja-kerja akhir bagi menjayakan edisi ke-26 itu.\r\n\n\n\n\r Tinjauan sekitar Kompleks Sukan Jakabaring menyaksikan struktur pembinaan kebanyakan venue perlawanan sudah siap tetapi masih banyak kerja penambahbaikan termasuk daripada segi landskap masih belum selesai manakala pembinaan jalan baru saja berakhir.\r\r\n\n\n\n\n Di pusat akuatik umpamanya, perakam masa elektronik sedang dipasang malah Wisma Atlit yang menjadi perkampungan atlit masih belum dibuka memandangkan peralatan seperti pengimbas beg di pintu masuk baru saja dipasang.\rBukan itu saja, kebanyakan petugas media yang sudah tiba di Palembang, hampa apabila pusat media masih kosong dan belum beroperasi dan penganjur, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) seakan tidak bersedia apabila gagal menyediakan pelbagai maklumat perlawanan.\rMedia cetak tempatan juga memaparkan bilangan media yang di luar jangkaan apabila lebih 3,000 petugas media akan membuat liputan berbanding jangkaan awal iaitu sekitar 1,200 saja.\rSelain masalah pengangkutan, masalah penginapan menjadi bualan di kalangan petugas media yang mengeluh kesukaran mendapatkan tempat sehingga penganjur menyediakan lima kapal - dua kapal perang Republik Indonesia, dua kapal daripada PT Pelayaran Nasional Indonesia (Pelni) dan satu kapal Grup Artha Graha - untuk dijadikan hotel bagi menampung keperluan mendadak sepanjang temasya itu nanti.\r\n\n\n\n\r“Kami senang kerana tetamu yang ramai tetapi kami sukar menyediakan penginapan yang mencukupi. Di Palembang, penginapan sangat terbatas,” kata Ketua INASOC Sumatera Selatan, Muddai Madang. \rUntuk berita lanjut mengenai persiapan Sukan Sea pasukan Kebangsaan, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|