CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59|Reply: 0

Federer tamat kemarau trofi

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
10 bulan tanpa gelaran ditebus apabila menjuarai Terbuka SwitzerlandBASEL (Switzerland): Roger Federer (atas) menamatkan kemarau 10 bulan tanpa trofi kejuaraan apabila menewaskan pemain Jepun, Kei Nishikori 6-1, 6-3 pada final Kejohanan Tenis Dalam Dewan Terbuka Switzerland, awal pagi semalam.\n\n\n\n  Dengan penuh emosi, Federer berterima kasih kepada penyokong tempatan selepas meraih kemenangan kelima dalam tempoh enam tahun di kejohanan itu yang pernah menyaksikan dia menjadi budak pengutip bola.\n\n\n\n\n  “Ia sentiasa menjadi detik terbaik buat saya setiap kali memenangi kejuaraan di sini. Harap kita berjumpa lagi tahun depan,” kata Federer.Bekas pemain nombor satu dunia itu mempamerkan penguasaan penuh untuk menyukarkan Nishikori, pemain ranking ke-32 yang menyingkirkan Novak Djokovic pada separuh akhir.“Dia terlalu hebat. Saya cuba memberikan yang terbaik tetapi dia tidak membenarkannya,” kata Nishikori, 21, yang menganggap Federer sebagai idolanya.Ia adalah kejuaraan ke-68 sepanjang karier buat Federer tetapi hanya yang kedua diraihnya musim ini. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.226479 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list