|
Mancini punyai kuasa harungi saingan sepanjang musim \rMANCHESTER: Yaya Toure yakin Manchester City mempunyai kekuatan mencukupi untuk menghadapi empat kejohanan tatkala mereka bersedia untuk berdepan QPR di Loftus Road hari ini.\r\n\n\n\n\r Skuad Roberto Mancini memasuki saingan hujung minggu ini dengan mendahului di takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya mencicirkan dua mata daripada 10 perlawanan mereka musim ini.\r\r\n\n\n\n\n Selepas meraih enam mata daripada pertembungan timbal balik dengan Villarreal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, City akan terbabit dengan saingan Piala FA pada Tahun Baru, juga akan berdepan Arsenal di suku akhir Piala Liga hujung November.\rSatu-satunya mata yang dicicirkan mereka musim ini hadir ketika seri 2-2 di Fulham, yang diikuti dengan perlawanan pembukaan Eropah mereka menentang Napoli. Namun, mereka mengharungi dua perlawanan terakhir selepas aksi Liga Juara-Juara dengan kemenangan selesa di Blackburn and Manchester United.\rBekas pemain tengah Barcelona, Toure percaya City sedang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa mencukupi untuk mengharungi saingan sepanjang musim dan masih mampu menjadi lebih baik.\r“Pasukan ini mempamerkan aksi baik dan semua orang gembira. Kami bermain setiap tiga hari, tetapi kami terus meningkat,” katanya. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|