CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Doktor tolak 25 paku dalam kaki guna sihir

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa tak alami komplikasi\rJAKARTA: Lebih 25 batang paku dikeluarkan daripada  kaki seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dimasukkan oleh seseorang, kata doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan itu semalam. \r\n\n\n\n\r  “Objek  ditemui pada kaki kanak-kanak ini dimasukkan dari luar,” kata Dr Kamaruddin Said ketika memberitahu Metro TV bagi meredakan tanggapan orang ramai yang kononnya dimasukkan secara ilmu hitam.\r\r\n\n\n\n\n  Dr Kamaruddin dipetik Jakarta Globe berkata adalah sangat luar biasa kerana mangsa, Safira, 3, tidak mengalami komplikasi yang mengancam nyawanya kesan daripada paku berkarat itu,  setiap satu berukuran 10 sentimeter. \rBeliau berkata, sebatang lagi paku didapati ditanam  berdekatan tulang belakang kanak-kanak itu dan   akan menunggu sehingga Safira sembuh  sebelum melakukan pembedahan lain.\r“Secara perubatan, mustahil paku berkenaan wujud sendiri di dalam badan manusia. Ketika pembedahan, kita juga tahu ada paku yang baru dimasukkan. Bekas luka turut kelihatan di betis kanak-kanak ini. Persoalannya adalah ini tindakan jenayah atau ilmu hitam, kami tidak tahu,” kata Dr Kamaruddin yang juga pakar bedah di Hospital Kerajaan Andi Makkasau, bandar Parepare, Makassar.  – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041509 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list