|
Kim Swee resah anak didik sering hilang fokus\rJURULATIH skuad Bawah 23 negara, Ong Kim Swee menggesa anak buahnya segera menghakis sikap gemar ambil mudah kemampuan lawan, terutama menjelang perlawanan pertama saingan Sukan SEA 2011 di Jakarta bertemu Singapura, Isnin depan.\r\n\n\n\n\r Ingatan itu dibuat selepas anak buahnya yang ketinggalan pada babak pertama, bangkit menewaskan skuad B-23 Laos 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, petang semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Pada babak pertama, kita masih dengan sikap ambil mudah dan tidak memberi fokus sebelum perlawanan. Sikap ini perlu dihakis tanpa mengira siapa lawan,” kata Kim Swee sejurus tamat permainan.\r“Mujur pada babak kedua, kita bangkit dengan mengatur lebih banyak gerakan ke depan dan itu petanda positif. Tetapi jika bertemu pasukan kuat, sudah tentu ia lebih sukar.” \rSelepas rembatan kencang Sangvone Phimmasen dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-20, skuad negara bangkit membalas menerusi ledakan Fandi Othman (m-62), Syahrul Azwari Ibrahim (m-72 dan 77) serta A Thamil Arasu (m-82).\rPerlawanan bagaimanapun terpaksa dihentikan pengadil, Helday Idang tiga minit sebelum tamat masa sebenar selepas padang stadium ditakungi air akibat hujan lebat pada babak kedua.\r\n\n\n\n\rKim Swee yang dihimpit masalah kecederaan apabila empat daripada 25 pelatihnya masih belum pulih - Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbat dan Amer Saidin - hanya akan menamakan senarai terakhir Rabu ini.\r“Mungkin saya akan bawa pemain yang belum cergas, tetapi mampu pulih sepenuhnya pada pertengahan saingan Sukan SEA,” kata Kim Swee.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|