|
Kuasai petak utama buat kali ke-13GREATER NOIDA: Juara dunia Formula Satu (F1) 2011, Sebastian Vettel terus cemerlang untuk merebut petak pertama buat kali ke-13 musim ini pada sesi kelayakan dramatik Grand Prix India kali pertama, semalam.\rPemandu kelahiran Jerman berusia 24 tahun itu merakam 1 minit 24.178 saat untuk menafikan cabaran pemandu McLaren, Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya di Red Bull, Mark Webber dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Buddh berhampiran New Delhi.\r\n\n\n\n\r Begitupun, Hamilton terpaksa memulakan perlumbaan di petak kelima selepas menerima penalti kerana tidak mengendahkan bendera amaran, Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n Pemandu Ferrari, Fernando Alonso akan bermula di petak ketiga diikuti pemandu McLaren, Jenson Button manakala Felipe Massa keenam selepas berdepan insiden pada penghujung kelayakan yang menyaksikan jentera Ferrarinya melanggar penghadang litar. \rPada penghujung pusingan, saya tidak melakukan 100 peratus. Ia adalah permulaan yang baik untuk memulakan perlumbaan di depan esok (hari ini). Saya rasa ia akan menjadi perlumbaan yang menarik.\rVettel mengetuai senarai pemandu memasuki 10 minit sesi kelayakan terakhir (Q3) sebelum menghampiri rekod legenda F1, Nigel Mansell pada 1992 yang meraih 14 petak pertama dalam semusim.\rKejayaan di India juga bakal meletakkan Vettel sebaris dengan rekod legenda senegaranya Michael Schumacher yang mencipta 13 kemenangan semusim pada 2004 dengan Vettel, sudah mencatat 10 kemenangan dengan baki tiga pusingan.\r\n\n\n\n\rButton, Webber, Hamilton dan Alonso pula terdesak merebut kedudukan kedua keseluruhan selepas Vettel mengesahkan kejuaraan dunia F1 pada Grand Prix Jepun, awal bulan ini. AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|