CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

Norhafiz buat kunjungan semula ke Shah Alam

[Copy link]
Post time 28-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERTAHANAN berpengalaman Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah kembali bertandang ke Stadium Shah Alam malam esok –  gelanggang yang menyaksikan dia pernah berputih mata menjulang Piala Malaysia 11 tahun lalu.Sejak itu impian tonggak benteng skuad kebangsaan berusia 30 tahun untuk menebus kekecewaan serta mengucup piala keramat berkenaan tidak pernah kesampaian sehinggalah dia menyarung semula jersi skuad Hobin Jang Hobin musim ini.\n\n\n\n  \"Ya, saya kembali lagi ke Stadium Shah Alam untuk aksi kedua final Piala Malaysia sepanjang kerjaya saya dan mungkin secara kebetulan saya beraksi sekali lagi bersama Negeri Sembilan.\n\n\n\n\n  \"Sudah tentu saya mahu episod duka Stadium Shah Alam 11 tahun lalu dipadamkan apabila tewas kepada Perak 2-0 sekali gus memastikan impian terpendam menjulang dan mengucup piala keramat itu tercapai,\" katanya sejurus latihan terakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.\"Alang-alang sudah mara ke final, sudah tentu kami juga mahu menang. Lagipun, selepas gagal dalam saingan Liga Super dan Piala FA, ini adalah peluang terakhir kami untuk memenangi trofi musim ini.”Bagi jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, pertemuan itu adalah pertembungan antara prestasi dan pengalaman.Dia tidak menolak hakikat andai prestasi pasukannya dan Terengganu diambil kira, lawan itu jelas berkelebihan dengan keupayaan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim menjuarai Piala FA dan menduduki tempat kedua Liga Super sebelum mara ke final piala keagungan itu dengan menumbangkan dua pasukan gergasi, Kelantan dan Selangor di suku akhir dan separuh akhir.\n\n\n\nSelain Azraai yang tampil buat kali keempat selepas membantu Kedah mara ke pentas final pada 2004, 2007 dan 2008, kapten pasukan, Shukor Adan pula beraksi buat kali ketujuh dan sebahagian lagi pemain akan bermain kali ketiga berturut-turut.\"Ini mungkin kelebihan dan senjata kami untuk menundukkan Terengganu kerana bukan mudah beraksi dalam final yang penuh dengan tekanan,\" kata pengendali yang sinonim dengan memakai baju merah jambu setiap kali pasukan kendaliannya beraksi.  Lagi berita Piala Malaysia dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.183028 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list