|
KEKALAHAN Kelantan kepada kelab Thailand, Songkla FC dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin, tidak memberi kesan kepada moral pemain The Red Warriors menjelang pertemuan menghadapi Terengganu dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, malam esok.\rPengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kekalahan 1-3 dalam perlawanan itu tidak menjejaskan moral pemain kerana ia hanya sekadar untuk menguji keserasian empat pemain import iaitu Jocip Bonacin (Croatia); Emmanuel Okine dan Denny Antwi (Ghana) serta Chikondi Mpulula (Malawi) dan memberi peluang kepada pemain simpanan mempamerkan kebolehan.\r\n\n\n\n\r Katanya, keputusan perlawanan itu bukan ukuran kerana latihan harian menjadi faktor utama dalam mengekalkan stamina serta moral pemain khususnya sebelum pertembungan dengan juara Piala FA itu.\r\r\n\n\n\n\n Kita memang mahu moral pemain sentiasa stabil dan berada di tahap terbaik tetapi kekalahan dalam perlawanan persahabatan ini tidak memberi tekanan kepada pemain. Ia hanya untuk menguji keserasian calon pemain import dan pemain simpanan, katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu itu.\rKelantan memeranjatkan pelawat dengan mendahului perlawanan seawal minit pertama melalui jaringan Chikondi tetapi pada babak kedua, mereka gagal mendapatkan sebarang gol malah dihukum apabila lawan memperoleh tiga gol dalam perlawanan yang tertangguh beberapa minit kerana hujan lebat.\rKetua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mempunyai hanya sehari untuk menyusun semula percaturan selepas kepulangan tiga tonggak, Norsharul Idlan Talaha, S Chanturu dan Khairul Fahmi Che Mat yang pulang semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|