|
Berdepan Australia dalam saingan suku akhir WELLINGTON: Afrika Selatan berdepan ujian getir untuk mempertahankan kejuaraan Piala Dunia mereka apabila berdepan juara Tiga Negara, Australia pada suku akhir, esok.\rBerdasarkan undian, Springboks sepatutnya menentang Ireland, tetapi pasukan itu melakar kejutan dengan menewaskan Wallabies 15-6 untuk mengungguli saingan peringkat kumpulan, sekali gus mengelak bertemu Afrika Selatan.\r\n\n\n\n\r Springboks kaya dengan pengalaman dan pemain yang dibariskan menentang Australia adalah satu-satunya pasukan yang memenangi Piala Dunia sebanyak dua kali, sekali gus menjadikan mereka paling berpengalaman dengan menampilkan keseluruhan 836 caps, mengatasi rekod sebelum ini 815 ketika menentang Wales dalam perlawanan pembukaan kejohanan ini.\r\r\n\n\n\n\n Barisan Afrika Selatan yang diketuai John Smit adalah antara lapan pemain yang beraksi dalam final Piala Dunia 2007 dengan tiga lagi pemain berada di bangku simpanan.\rHanya pertahanan Pat Lambie, fly-half Morne Steyn dan flanker Heinrich Brussow tidak tersenarai dalam pasukan 2007, sementara Pierre Spies pada asalnya terpilih tetapi menarik diri kerana sakit.\rIa seperti pasukan yang penuh dengan pengalaman tetapi segala-galanya hanya akan dapat dibuktikan pada perlawanan Ahad ini, kata Smit.\rKami perlu pastikan dapat menggunakan pengalaman kami sepanjang Piala Dunia bagi menghadapi tekanan perlawanan dan diharap ia membantu kami. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|