CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

CIMB mahu ambil alih BankCom

[Copy link]
Post time 7-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mula rundingan dengan San Miguel Corp  pemegang ekuiti bank Filipina\rCIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group) sedang berunding dengan San Miguel Corp bagi kemungkinan mengambil alih sebahagian kepentingan dimiliki konglomerat itu dalam Bank of Commerce, Filipina.\r\n\n\n\n\r  Kumpulan perbankan kedua terbesar di Malaysia itu berkata, rundingan itu bagaimanapun ketika ini masih lagi pada peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dibuat jika ada sebarang kemajuan material.\r\r\n\n\n\n\n  “CIMB Group ingin mengesahkan sedang dalam perbincangan dengan San Miguel berhubung kemungkinan pengambilalihan kepentingan dalam Bank of Commerce di Filipina.\r“Perbincangan itu adalah pada peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dibuat jika ada se-barang perkembangan material mengenainya,” kata kumpulan perbankan itu menerusi kenyataan ringkas di Kuala Lumpur, semalam.\rPresiden San Miguel, Ramon Ang dalam temu bual dengan agensi berita Bloomberg di Manila turut mengesahkan rancangan konglomerat berkenaan untuk melupuskan pegangannya dalam Bank of Commerce.\r“Kami sedang berunding. CIMB adalah salah sebuah bank terbesar di Malaysia dan San Miguel merancang menjual sebahagian kepentingan dalam bank Filipina itu kepada bank Malaysia berkenaan,” katanya tetapi enggan mendedahkan butiran terperinci mengenainya.\r\n\n\n\n\rBank of Commerce atau turut dikenali sebagai BankCom, Bancommerce dan BoC adalah bank perdagangan ke-16 terbesar di Filipina dengan jumlah aset sekitar AS$2.07 bilion (RM6.56 bilion).\rIa adalah satu daripada bank perdagangan paling progresif di Filipina dengan memiliki lebih 100 cawangan di seluruh Filipina merangkumi bandar utama seperti Makati, Metro Manila Selatan, Manila Tengah, Manila Barat, Pusat Bandar Quezon, Metro Manila Utara, Metro Manila Timur, Luzon Selatan, Luzon Tengah, Luzon Utara, Visayas Timur, Visayas Barat dan Mindanao.\rSejak beroperasi pada 1991, bank itu menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan dan lain-lain produk kewangan, termasuk produk deposit tradisional, perbankan korporat, perbankan pengguna, perben-daharaan, pengurusan aset, perkhidmatan amanah, perdagangan, dan perkhidmatan kad kredit.\rSementara itu, selain Malaysia, CIMB Group kini mempunyai operasi di Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura, Kemboja, Vietnam, dan Myanmar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.361792 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list