View: 143|Reply: 0
|
Russia, China veto serang Syria
[Copy link]
|
|
Perkataan ‘bertindak terhadap sasaran’ disyaki bermakna lancar perang\rDAMSYIK: Russia dan China menggunakan kuasa veto bagi menghalang kelulusan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengancam tindakan ke atas Syria kerana menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan tempatan.\r\n\n\n\n\r Ia memberi tamparan hebat terhadap cubaan Amerika Syarikat dan Eropah untuk menjatuhkan rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad.\r\r\n\n\n\n\n Ketika beberapa penunjuk perasaan lagi maut di Syria dan ancaman mengenakan sekatan baru, tindakan menggunakan kuasa veto itu mencetuskan kemarahan Eropah yang mencadangkan resolusi itu manakala Amerika berkata majlis itu ‘gagal sepenuhnya menangani cabaran moral dengan cepat.’\rSembilan negara mengundi menyokong teks resolusi itu yang menggesa ‘tindakan ke atas sasaran’ jika Bashar meneruskan tindakan kerasnya, yang dikatakan PBB menyebabkan sekurang-kurangnya 2,700 maut.\rRussia dan China membantah sekali gus membunuh resolusi itu kerana kuasa veto mereka sebagai anggota tetap majlis. Afrika Selatan, India, Brazil dan Lubnan berkecuali, menunjukkan perpecahan di kalangan 15 anggotanya sejak NATO melancarkan serangan udara ke atas Libya bagi mewajarkan tindakan.\rWakil PBB Russia, Vitaly Churkin, berkata resolusi Eropah adalah ‘berdasarkan falsafah konfrontasi.’ Ancaman tindakan itu ‘tidak boleh diterima,’ tambahnya.\r\n\n\n\n\rRamai juga membantah menyuarakan tindakan serangan udara ke atas Libya dan bimbang ia mungkin diperbaharui di Syria untuk mewajarkannya.’\rChina berkatam, ia menggunakan kuasa vetonya kerana resolusi itu mungkin ‘secara buta’ memberi tekanan kepada negara Arab dan tidak membantu.\r“Sesetengah negara menghantar satu resolusi deraf untuk mengenakan tekanan malah mengancam sekatan ke atas Syria. Ia tidak akan membantu mengurangkan ketegangan,” kata jurucakap Kementerian Luar China. Ma Zhaoxu.\rDuta Amerika, Susan Rice pula menggelar komen itu satu muslihat murah oleh mereka yang lebih gemar menjual senjata berbanding mempertahankan rakyat Syria. Rice menggesa majlis itu melaksanakan sekatan tegas, disasarkan dan satu embargo senjata ke atas Syria.\r“Amerika Syarikat berang bahawa majlis ini gagal sepenuhnya untuk menangani satu cabaran moral terdesak dan ancaman meningkat terhadap keamanan dan keselamatan serantau,” katanya.\rDuta Amerika itu kemudian mengetuai delegasinya keluar dari dewan majlis selepas duta Syria, Bashar Jaafari menuduh Amerika melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ dalam serangan panjang oleh negara barat.\rRussia membantah satu resolusi alternatif yang mengutuk keganasan pembangkang selain kerajaan dan menggesa dialog bagi menamatkan krisis itu. Negara Eropah bagaimanapun berazam ia tidak akan mengundi.\rVeto berganda oleh Russia dan China adalah satu ‘undian menentang kebangkitan Arab,’ kata wakil PBB Perancis Gerard Araud di luar dewan majlis. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|