|
AUCKLAND: Selepas prestasi merudum minggu lalu, skuad Perancis kembali bangkit dan akan bermain dengan penuh bermaruah bagi menempah tempat ke separuh akhir Ragbi Piala Dunia apabila berdepan musuh ketat England, Sabtu ini.\rPrestasi dan keyakinan Perancis merosot selepas kekalahan mengejutkan 19-14 di tangan Tonga, minggu lalu.\r\n\n\n\n\r Semua pemain mengadakan pertemuan sehari selepas itu di mana mereka berpeluang bersuara dan meluahkan apa yang terbuku di dada, disusuli dengan sesi latihan intensif, Isnin lalu. \r\r\n\n\n\n\n Kini, pemain Perancis berazam untuk berdepan musuh mereka, England.\r“Kini kami mempunyai motivasi yang tinggi, semua mahu mencuba dan menyelamatkan maruah kami dalam perlawanan ini,” kata Lionel Nallet. “Kami masih berhak untuk menaruh kepercayaan. Kami masih di sini.”\rNallet, yang akan membuat penampilan kali ke-68 Sabtu ini berkata, masa muram sudah berakhir dan kini pemain mestilah “berhenti bertanyakan pelbagai soalan, berhenti merungut latihan terlalu panjang dan berhenti mengatakan semua tidak menjadi.” – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|