CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

'Klon Safiq'

[Copy link]
Post time 5-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kalang Tie prospek baru Raja sekat Australia\rSURATAN atau kebetulan. \r\n\n\n\n\r  Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini.\r\r\n\n\n\n\n  Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia.\r“Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.\r“Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia,” kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.\rDia dijangka bergandingan dengan Amar Rohidan. Skuad 22 pemain kebangsaan tiba di Canberra, tengah hari semalam dan hanya menjalani latihan ringan pada sebelah petang.\r\n\n\n\n\rPemain Terengganu yang lebih kerap berfungsi  di bahagian sayap jelas tidak menganggap sesuatu yang kekok untuk beraksi di posisi tengah bersama skuad kebangsaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.446658 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list