|
AUCKLAND: New Zealand menuju ke perlawanan suku akhir hujung minggu ini sebagai pilihan untuk memecahkan badi Piala Dunia, tetapi tekanan untuk menghadapi detik penting itu amat besar.\rAll Blacks sedar andai melihat terlalu jauh ke depan, ia boleh mengundang bahaya kerana mereka pernah dikejutkan dalam perlawanan penentuan sebelum ini apabila tekanan kian mencengkam.\r\n\n\n\n\r New Zealand, juara edisi sulung Piala Webb Ellis yang diperkenalkan pada 1987 tetapi tidak menang sejak 24 tahun, mara dari peringkat kumpulan dengan himpunan mata tertinggi kejohanan - 240 mata dan 36 try.\r\r\n\n\n\n\n Halangan pertama ialah pasukan tangga ketiga pada 2007, Argentina di Eden Park, Auckland, Ahad ini, walaupun tidak pernah tewas di gelanggang sendiri sejak 1994 - rekod 25 perlawanan tanpa kalah - dan tidak pernah kalah kepada skuad Pumas dalam 13 pertemuan. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|