CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Mesti bangkit semula: Rajagobal

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Safiq, Ashari, Aidil,  Amirulhadi perlu tingkat prestasi untuk sarung jersi negara\rPENYISIHAN beberapa tonggak skuad Harimau Malaya termasuk kapten berpengaruh, Safiq Rahim untuk menghadapi siri persahabatan antarabangsa menentang Australia, Jumaat ini harus dipandang secara positif oleh pemain terbabit.\r\n\n\n\n\r  Keputusan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal  tidak menyenaraikan pemain seperti Ashari Samsudin, Aidil Zafuan dan Amirulhadi Zainal di mungkin memberi gambaran jelas untuk mereka terus meningkatkan kemampuan masing-masing.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun tidak menyenaraikan beberapa tonggak utama untuk perlawanan menentang Australia, namun jurulatih berpengalaman itu tidak akan melupakan khidmat serta sumbangan besar pemain berkenaan.\r“Inilah masa saya mencuba kerana kita ada tempoh panjang tapi kita tidak akan melupakan pemain lain seperti Ashari, Aidil, Safiq, Amirul dan mereka perlu tingkatkan prestasi mereka.\r“Apabila saingan Piala Malaysia bersambung semula, mereka perlu tunjuk kemampuan sebenar dan ini adalah untuk kebaikan mereka,” katanya.\rBagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Australia, Rajagobal kembali ceria apabila dapat menggunakan gandingan dua penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali selepas lama tidak dapat bergandingan bersama akibat masalah kecederaan dan  berlepas ke Canberra, malam tadi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038317 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list