View: 128|Reply: 0
|
Jurulatih Inter kritik pengadil
[Copy link]
|
|
ROME: Jurulatih Inter Milan Claudio Ranieri membidas pengadil Gianluca Rocchi selepas pasukannya tunduk 3-0 di laman sendiri kepada Napoli dalam perlawanan yang menyaksikan mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain.\rInter terpaksa bermain kurang seorang pemain selepas Joel Obi diperintah keluar padang pada babak pertama kerana menerima dua kad kuning sementara Ranieri sendiri turut dilayangkan kad merah selepas membantah keputusan pengadil pada waktu rehat.\r\n\n\n\n\r Ulang tayang televisyen menunjukkan Obi melakukan terjahan kemas ketika menerima kad kuning pertama, sementara kekasaran yang menyaksikan kad kuning kedua serta sepakan penalti diberikan pengadil, dilakukan di luar kotak penalti.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun Julio Cesar menyelamatkan sepakan Marek Hamsik, tetapi Hugo Campagnaro berjaya menjaringkan gol daripada tindakan susulan selepas itu. Christian Maggio dan Hamsik kemudian menambah jaringan pada babak kedua.\rRanieri jelas berang selepas perlawanan.\r“Dia tidak tepat dalam membuat keputusan, ia adalah perlawanan yang tidak adil. Babak pertama perlawanan menarik tetapi Obi dilayangkan kad kuning pertama selepas dia jelas memenangi bola tanpa melakukan kekasaran,” kata Ranieri. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|