CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Proton dominasi Rali Hokkaido

[Copy link]
Post time 3-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tiga jenteranya tamatkan saingan di podium pusingan kelima APRC\rPROTON mendominasi Rali Hokkaido dengan tiga jenteranya menamatkan saingan di podium dalam pusingan kelima Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC), semalam.\r\n\n\n\n\r  Dalam acara utama, Alister McRae yang memandu Satria Neo S2000 berjaya mengubah nasib malangnya pada hari pertama untuk menamatkan saingan di tempat ketiga.\r\r\n\n\n\n\n  Keputusan di Jepun itu menyaksikan persaingan untuk merebut mahkota kejuaraan tahun ini membabitkan pertembungan tiga penjuru antara pendahulu Alister McRae dan rakan sepasukannya di PROTON Atkinson diikuti pemandu India Gaurav Gill yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.\rPerlumbaan seterusnya yang juga pusingan terakhir akan diadakan di Longyou, China bulan depan.\r“PROTON komited menjadi lebih baik dan kami sudah membuktikan musim ini dengan memenangi tiga daripada lima pusingan setakat ini. \r“Satu pusingan lagi akan menentukan siapa yang mengungguli kejuaraan APRC dan kami yakin dengan hasil kerja keras kami mampu menamatkan saingan dengan cemerlang,” kata Ketua PROTON Motorsports Datuk Abdul Razak Dawood.\r\n\n\n\n\rProton turut meraikan satu lagi keputusan membanggakan dalam Rali Hokkaido apabila dua pemandu, Karamjit Singh dan rakan sepasukan Akira Bamba menaiki podium tempat pertama dan kedua kategori 1600cc APRC.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030298 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list