|
Gol sendiri jadi pemusnah, Singapura kekal Piala Sultan Selangor\rPilihan Selangor 0\r\n\n\n\nPilihan Singapura 1\r(Asraruddin Putra Omar, gs m-65)\r\r\n\n\n\n\nMISI Selangor untuk membalas dendam kekalahan skuad kebangsaan terhadap Singapura pada Kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu, tidak kesampaian apabila tewas 0-1 hasil jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar pada aksi Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, malam tadi.\rIa turut memusnahkan hajat Selangor menyekat penguasaan Singapura yang kini muncul juara buat kali keenam (termasuk juara bersama edisi 2004) dan kejuaraan hatrik selepas menang pada 2009 (3-0) dan tahun lalu (6-0).\rSelangor kendalian P Maniam turun dengan diperkuat dua bekas pemain Liverpool dan Manchester United, Jason McAteer dan Jesper Blomqvist serta penyerang Pelita Jaya, Safee Sali manakala Singapura bimbingan Radojko Avramovic tanpa tiga tonggak - Mustafic Fahrudin, Hariss Harun dan Qiu Li.\rBabak pertama lebih menyaksikan kecemerlangan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Singapura termasuk menepis rembatan Hafiz Rahman pada minit ke-34.\r\n\n\n\n\rPada awal babak kedua, kapten Selangor, Amri Yahyah mempersiakan dua peluang di depan gol pada minit ke-46 dan 50 ketika hanya berdepan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud yang masuk menggantikan Lionel Lewis selepas waktu rehat.\rGawang Selangor bocor pada minit ke-65 apabila Asrarudin tertanduk sepakan sudut kapten Singapura, Shahril Ishak ke gawang sendiri.\rPada minit ke-80, gol penyamaan Selangor dibatalkan pengadil selepas Amri didakwa menggunakan tangan untuk menguis masuk bola sepakan sudut Hardi Jaafar.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|