CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

Tottenham bermula langkah kanan

[Copy link]
Post time 1-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Benam  Shamrock Rovers 3-1  dalam penampilan sulung  kempen Liga Europa\rLONDON: Kelab Inggeris, Tottenham Hotspur bergaya menumpaskan Shamrock Rovers 3-1 ketika Schalke menghadiahkan jurulatih baru, Huub Stevens kemenangan dalam penampilan sulungnya.\r\n\n\n\n\r   Athletic Bilbao pula menafikan persembahan buruk liga domestik dengan menewaskan Paris St. Germain 2-0 dalam kempen Liga Europa, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n   Bilbao, yang kekal tanpa kemenangan dalam La Liga Sepanyol meraih kemenangan kedua berturut-turut, mengikuti jejak Anderlecht, FC Brugges, PSV Eindhoven dan Sporting Lisbon.\rDi Utara London, Stephen Rice memanfaatkan umpanan Pat Sullivan untuk memberikan Shamrock kejutan apabila mendahului pada minit ke-50, namun Spurs bangkit dengan tiga gol dalam tempoh lima minit - menerusi Roman Pavlyuchenko, Jermaine Defoe dan Giovani Dos Santos pada minit ke-60, 61 dan 65.\r“Tiada rasa tidak hormat kepada Shamrock Rovers tetapi kami seharusnya mendapat beberapa gol pada babak pertama,” kata pengurus Tottenham, Harry Redknapp.\rTottenham dan Rubin Kazan yang mencatat keputusan seri 2-2 ketika bertemu PAOK Thessaloniki, mengetuai Kumpulan A dengan empat mata manakala Shamrock yang kali pertama beraksi di England selepas 50 tahun, tercorot dengan dua kekalahan.\r\n\n\n\n\rSelain Spurs, tiga lagi wakil Inggeris, Fulham, Stoke City dan Birmingham turut mencipta kemenangan ke atas lawan masing-masing ketika menentang Odense, Besiktas dan Maribor.\rJuara 2010, Atletico Madrid kekal di puncak Kumpulan I sekalipun sekadar seri 1-1 Rennes manakala Udinese juga meraih empat mata sekalipun seri 1-1 dengan Celtic, hasil jaringan penalti lewat Almen Abdi.\r“Ia adalah keputusan memalukan,” kata pengurus Celtic, Neil Lennon ketika Udinese meraih jaringan awal pada minit ketiga hasil penalti Ki Sung-yueng. “Apa yang kami dapat adalah penalti sebenar namun pengadil memerlukan 20 saat sebelum memberinya. Saya tidak faham.”\rDi Gelsenkirchen, Schalke mencipta kemenangan ke atas kelab Israel, Maccabi Haifa manakala jaringan Igor Gabilondo dan Markel Susaeta pada babak pertama menghadiahkan kemenangan 2-0  Bilbao ke atas Paris Saint-Germain dalam Kumpulan F.\rDi Lisbon, Lazio tumpas kepada Sporting Lisbon 2-1 untuk membolehkan wakil Portugal itu kekal di takhta Kumpulan D manakala dalam Kumpulan C, PSV Eindhoven menundukkan Rapid Bucharest 3-1 dan Anderlecht menang 2-0 ke atas Lokomotiv Moscow dalam Kumpulan L. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.094721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list