View: 82|Reply: 0
|
Lupakan Tevez, ingat Aguero
[Copy link]
|
|
\'Saya tidak tahu apa yang difikirkannya\'\rMANCHESTER: Peledak berbahaya, Sergio Aguero enggan menoleh ke belakang dan mahu melupakan minggu penuh trauma buat Manchester City termasuk kontroversi yang dicetuskan Carlos Tevez, dengan mahu memburu kemenangan ke atas Blackburn, hari ini.\r\n\n\n\n\r Tevez digantung City dua minggu sehingga diberikan notis selanjutnya untuk membolehkan pengurusan kelab menjalankan siasatan berhubung keengganannya beraksi sebagai pemain gantian ketika kekalahan 2-0 dalam kempen Liga Juara-Juara kepada Bayern Munich.\r\r\n\n\n\n\n Kemelut itu mendominasi cerita kunjungan City ke Ewood Park dengan barisan kendalian Roberto Mancini terdesak untuk melupakan detik hitam yang melanda beberapa hari lalu itu.\rDan rakan sepasukan Tevez di Argentina, Aguero menegaskan City sedang fokus untuk menewaskan Blackburn – sekalipun dilanda kontroversi di Munich.\r“Selasa lalu, lawan yang hebat mendominasi perlawanan itu,” kata Aguero dalam laman Twitternya. “Kami meletakkan fokus kepada Blackburn ketika ini dan bangkit sebagai satu pasukan. Masih banyak perkara di depan kami.”\rBegitupun, Aguero mengakui dia sedih dengan konflik itu yang mungkin menyaksikan Tevez bakal meninggalkan Eastlands.\r\n\n\n\n\r“Tevez ialah pemain yang hebat namun jelas saya tidak berada dalam fikirannya, tahu pendapat dan apa yang difikirkannya,” kata Aguero sambil mengatakan Mancini mempunyai kuasa untuk menguruskan pemainnya.\r“Roberto yang berkuasa. Dia meletakkannya pada pendapat dan ideanya dan dia jelas dengan keputusannya. Kita harus menerimanya.”\rTevez tidak akan mengikuti kunjungan ke Blackburn manakala penyerang Bosnia, Edin Dzeko juga berdepan kehilangan posisi utama sekalipun sudah meminta maaf kepada Mancini atas kelakuannya selepas digantikan ketika menentang Bayern.\rMario Balotelli, yang menjaringkan dua gol dalam dua penampilan terakhirnya mungkin menjadi pilihan utama berbanding Dzeko, yang meledak tujuh gol musim ini untuk bergandingan dengan Aguero. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|