CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

Singapura turun tanpa tiga tonggak pertahan kejuaraan

[Copy link]
Post time 1-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA tampak tidaklah begitu gah untuk berdepan Selangor pada aksi Piala Sultan Selangor 2011 di Stadium Shah Alam, malam ini.Mereka bakal turun tanpa dua tonggak tengah, Mustafic Fahrudin dan Hariss Harun serta penyerang naturalisasi dari China, Qiu Li dan situasi itu membuatkan jurulatihnya, Radojko Avramovic tampak lebih ‘merendah diri’.\n\n\n\n “Kami akan cuba menjadikan perlawanan ini sesuatu yang menarik untuk ditonton, cuba beraksi dengan baik dan sudah tentu mahu mempertahankan trofi di tangan Singapura.\n\n\n\n\n\n “Apa pun perlawanan seumpama ini peluang baik untuk kedua-dua negara saling membantu dalam pembangunan bola sepak. Ia juga persiapan terbaik untuk kami menghadapi Jordan (Kelayakan Piala Dunia 2014), 11 Oktober depan,” kata Avramovic ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, malam tadi.Mustafic tidak dibawa kerana bakal digantung untuk pertemuan dengan Jordan, Hariss sedang mengikuti program Khidmat Negara manakala Li cedera ketika bertemu Iraq, 6 September lalu.Ditanya adakah Singapura sebagai pilihan untuk menang malam ini berdasarkan kemenangan besar 6-0 pada edisi tahun lalu, Avramovic berkata: “Setiap perlawanan berbeza. Mungkin Selangor lebih bersedia kali ini. Cuma saya mengharapkan satu permainan yang terbuka.”Kapten Singapura, Shahril Ishak menganggap bertemu Selangor sesuatu yang berbeza biarpun dia dan rakan-rakan berjaya menumbangkan skuad kebangsaan Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Julai lalu.\n\n\n\n“Kami dah lupakan kemenangan itu, ini perlawanan lain. Saya rasa tahap kelab berbeza, ditambah pula Selangor akan diperkuatkan dua pemain import (Jason McAteer dan Jesper Blomqvist). Tapi kami akan main macam biasa,” kata Shahril.INFO: Barisan kemungkinanSELANGOR: G Jeevananthan, Razman Roslan, Jason McAteer, Asraruddin Putra Omar, P Gunalan, Amirulhadi Zainal, Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Jesper Blomqvist, Amri Yahyah (k), Safee Sali.SINGAPURA: Lionel Lewis, Shaiful Esah, Daniel Bennett, Safuwan Baharudin, Jumaat Jantan, Shi Jiayi, Isa Halim, Shahril Ishak (k), Shahdan Sulaiman, Fazrul Nawaz, Aleksandar Duric.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.431734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list