CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

RM93b bangunkan grid pintar

[Copy link]
Post time 29-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Masers Energy Malaysia bina  infrastruktur jimatkan kos guna elektrikMASERS Energy Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Masers Energy Incyang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), bercadang membangunkan grid pintar kebangsaan rendah karbon berteknologi tinggi membabitkan pelaburan AS$30 bilion (RM93 bilion) dalam tempoh 10 tahun.\n\n\n\n  Pembangunan infrastruktur itu antara lain membolehkan orang ramai mengetahui masa paling murah menggunakan elektrik, sekali gus membantu mereka mengurangkan kos tenaga masing-masing.\n\n\n\n\n\n  Presidennya, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman, berkata ia juga  selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang 2020.Katanya, pelaburan itu termasuk pembangunan projek perintis ‘Melaka Bebas Karbon, Bandar Grid Pintar 2030’ membabitkan kos sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion) dan grid pintar kebangsaan yang dikenali sebagai “Negara Bebas Karbon 1Malaysia, Bandar Grid Pintar 2030” sebanyak AS$10 bilion (RM31 bilion).Beliau berkata, pihaknya akan membangunkan projek itu secara bersama dengan Trina Solar Limited dan melantik Seagate Global Group Ltd yang berpangkalan di Hong Kong sebagai penasihat kewangan.“Menerusi grid teknologi pintar itu, penggunaan tenaga di Malaysia menjelang 2020 dijangka menguncup kepada 70,000 gigawat sejam (GWh) berbanding jangkaan penggunaan semasa sebanyak 90,000 GWh. \n\n\n\n“Penguncupan itu membabitkan penjimatan kos sebanyak RM110 bilion, iaitu antara RM10 hingga RM11 bilion setahun,” katanya pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Masers Energy yang diwakili Suhaimi, Trina Solar oleh Timbalan Presiden Asia Pasifik/Asia Barat dan Afrika, Dr Sun Haiyan dan Seagate Global oleh Pengerusinya, William Lawton di Kuala Lumpur, semalam.Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Tenaga), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Badaruddin Mahyuddin.Dengan penjimatan itu, kerajaan juga dapat mengurangkan unjuran semasa subsidi bagi sektor tenaga hampir 50 peratus, tambahnya.Bagi pembangunan projek perintis di Melaka, Suhaimi berkata, Masers Energy bercadang membangunkan pusat tenaga bersih dan grid pintar di Lembah Solar Melaka Fasa Ketiga yang membabitkan pelaburan sebanyak AS$110 juta (RM341 juta).Beliau berkata, pusat tenaga bersih itu dengan pengeluaran tenaga solar 10 MW dijangka mengurangkan pembebasan karbon dioksida sebanyak 15,000 tan setahun dan ia dijangka menjadi pusat jana tenaga solar cekap kos pertama di Malaysia.“Kerja pembinaan pusat tenaga bersih itu dijangka bermula pada Februari tahun depan dan mengambil masa 12 bulan untuk siap,” katanya.Mengenai cadangan pembangunan “Negara Bebas Karbon 1Malaysia, Bandar Grid Pintar 2030”, Suhaimi berkata, pihaknya sudah menghantar kertas cadangan projek itu kepada kerajaan.Beliau berkata, pihaknya difahamkan kertas cadangan itu sudah diambil perhatian oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri.“Kami jangkakan keputusan mengenai cadangan itu dimuktamadkan akhir tahun ini,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045491 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list