|
Rajagobal nasihat 4 jurulatih usah bimbang hadapi halangan suku akhir\rAKSI suku akhir pertama Piala Malaysia bakal bermula dalam tempoh 11 hari lagi - iaitu pada 10 Oktober depan dan disusuli aksi kedua, empat hari kemudian.\r\n\n\n\n\r Namun, persiapan bagi empat jurulatih daripada lapan pasukan yang mara - Datuk M Karathu (Kelantan), Irfan Bakti (Terengganu), Azraai Khor Abdullah (Negeri Sembilan) dan P Maniam (Selangor) mungkin sedikit terjejas.\r\r\n\n\n\n\n Ini kerana Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad (Terengganu), Norhafiz Zamani Misbah, S Kunanlan, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) serta Asraruddin Putra Omar (Selangor) menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula, semalam.\rSemua 10 pemain ini hanya akan dapat kembali bersama pasukan negeri sehari sebelum aksi suku akhir pertama, sejurus mereka beraksi untuk skuad kebangsaan menentang Australia di Canberra, 7 Oktober ini.\rPada firasat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, ia tidak harus dijadikan alasan buat jurulatih negeri, persatuan negeri atau pemain itu sendiri kerana tempoh yang ada sebenarnya masih mencukupi.\r“Bagi saya, terpulang kepada pemain itu sendiri sebagai seorang profesional. Mereka kena bersedia dari segi mental. \r\n\n\n\n\r“Cuba bandingkan pemain Eropah, mereka lebih banyak mengharungi perlawanan liga domestik, kejohanan Eropah dan aksi antarabangsa. Saya percaya ia tidak akan menjejaskan suku akhir Piala Malaysia,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.\rSkuad negara akan berlepas ke Canberra pada 4 Oktober ini.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|