|
MADRID: Pemain Chelsea, Juan Mata akan kembali bertemu rakannya apabila pemain Sepanyol yang menjulang kejuaraan Piala Dunia itu kembali ke Valencia untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah hari ini, hanya kira-kira sebulan selepas dia meninggalkan kelab itu.\rPengurus Chelsea, Andre Villas-Boas membayar 30 juta pound (RM147.2 juta) untuk memancing perancang itu ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pemain 23 tahun itu menampilkan impak serta merta dengan menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan 2-0 ke atas Bayer Leverkusen dalam aksi Kumpulan E. \r\n\n\n\n\r Saya tidak sabar menyaksikan dia beraksi dan bermain menentangnya, begitu juga rakan sepasukan yang lain, kata pemain sayap Valencia yang juga bekas rakan sebilik Mata, Pablo Hernandez.\r\r\n\n\n\n\n Ia pasti istimewa buatnya kerana dia kembali ke lokasi yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun, tetapi tiada istilah kawan di atas padang. Kami akan bermain bermati-matian untuk menewaskan mereka dan Juan, hanya selepas itu baru saya akan mengucapkan selamat berjaya kepadanya.\rVillas-Boas bimbang emosi Mata bersama kelab lamanya akan mengganggu permainannya.\rDia adalah seorang pemain dengan bakat hebat. Dia cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara untuk Valencia dan mula menunjukkan potensinya dalam EPL ketika ini, kata pengurus Chelsea itu.\rValencia memulakan kempen Eropah dengan keputusan seri 0-0 di Racing Genk. \r\n\n\n\n\rPrestasi mereka dalam saingan La Liga juga baik hinggalah Sabtu lalu apabila tewas 1-0 di Sevilla. \rHanya tiga hari sebelum itu, mereka memberi saingan sengit kepada juara Eropah, Barcelona apabila dua kali mendahului sebelum mensia-siakan kelebihan itu untuk akhirnya seri 2-2. Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|