|
CHELSEA akan menaruh harapan kepada Juan Mata untuk mengatasi kelab negaranya, Valencia dan bukan Fernando Torres dalam saingan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah, hari ini. \rBintang Argentina, Lionel Messi yang menjaringkan hatrik ketika Barcelona membelasah Atletico Madrid 5-0 harus memukau tontonan sekali lagi apabila membantu kelab gergasi dari Sepanyol itu menentang Bate Borisov di gelanggang lawan dalam Kumpulan H.\r\n\n\n\n\rSatu lagi bintang turut menyinar ketika ini, Robin van Persie dijangka bakal mengepalai Arsenal apabila menentang Olympiakos Piraeus dalam Kumpulan F yang kini tampak menunjukkan ciri-ciri mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Cesc Fabregas.\r\r\n\n\n\n\nVan Persie yang menjadi ketua pasukan ketika ini menyumbat dua kali ketika The Gunners menewaskan Bolton, Sabtu lalu harus menjadi harapan Arsene Wenger mengubah wajah cabaran pasukan yang agak goyah apabila bermula buruk dalam Liga Perdana Inggeris.\rSatu lagi perlawanan tumpuan membabitkan bekas juara, AC Milan menentang Viktoria Plzen di San Siro.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|