CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Rahmat 'ditolak' Raja: Safiq

[Copy link]
Post time 27-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kini tumpuan saya pastikan Selangor ke suku akhir, finalWAJIB menang. Hanya itu yang menjadi fokus pemain tengah Selangor, Safiq Rahim serta rakan-rakan apabila turun menentang Kuala Lumpur pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.Seri atau tewas hanya akan menyaksikan Misi 33 Gergasi Merah Kuning berkubur sambil terpaksa merelakan seteru Lembah Kelang, Kuala Lumpur mengiringi T-Team ke suku akhir Piala Malaysia, 10 dan 14 Oktober depan.\n\n\n\n   Kami kini dalam situasi cukup positif selepas kemenangan 4-1 ke atas Polis, Sabtu lalu. Harap segala-galanya menjadi apabila berdepan Kuala Lumpur. Saya yakin tetapi tidaklah terbawa-bawa, kata Safiq ketika dihubungi, semalam.\n\n\n\n\n   Kapten skuad kebangsaan yang tidak disenaraikan Datuk K Rajagobal untuk aksi persahabatan menentang Australia, 7 Oktober depan itu turut berkata tumpuannya kini hanyalah untuk menjulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama bagi dirinya.Apabila tidak dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan kali ini, pastinya tumpuan penuh akan saya berikan untuk memastikan Selangor mara ke suku akhir, dan kalau boleh hingga ke final.Saya sanggup bersabar untuk menjalani ujian percubaan di Cardiff City kerana mahu fokus terhadap Piala Malaysia. Jika diikutkan perancangan, saya akan ke Cardiff penghujung Oktober depan, jelas Safiq.Ditanya mengenai formasi 4-3-3 yang diterapkan jurulatih baru, P Maniam, pemain 24 tahun itu berkata, dia seronok dengan peranannya selaku pemain tengah menyerang bersama Azidan Sarudin untuk membantu penyerang tunggal, Amri Yahyah.\n\n\n\nFormasi baru ini tampak menjadi ketika bertemu Polis. Tapi masih banyak perlu dipertajamkan lagi. Tetapi saya sendiri mula menemui keyakinan selepas menjaringkan gol sulung dalam Piala Malaysia, Sabtu lalu, katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.068533 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list