|
NEW PLYMOUTH (New Zealand): Scott Williams melakukan hatrik try ketika Wales membelasah Namibia 81-7 semalam kemenangan terbesar mereka dalam kempen Piala Dunia.\rKemenangan dengan mata bonus itu turut memberi kelebihan kepada Wales dalam perebutan tempat kedua Kumpulan D dengan Samoa yang memerlukan kemenangan ke atas juara bertahan, Afrika Selatan Jumaat ini, untuk kembali membuka peluang ke suku akhir.\r\n\n\n\n\r Wales yang menewaskan Samoa 17-10 Ahad lalu, menghukum Namibia dengan 12 try. Flyhalf Stephen Jones menjadi pemain paling kerap mewakili negaranya, menyumbang 15 pada penampilan ke-101 dengan menyempurnakan enam conversion dan satu penalti sebelum digantikan Rhys Priestland yang menambah enam mata hasil tiga conversion.\r\r\n\n\n\n\n Kami dapat mata bonus yang sangat berharga, tetapi Namibia memberikan tentangan sukar dan saya perlu memastikan setiap perkara dengan lebih teliti, kata kapten Wales, Sam Warburton. Pujian buat rakan sepasukan kerana menghasilkan 12 try dan mengutip satu mata bonus.\rJones membuka jaringan menerusi penalti awal sebelum Wales memulakan pesta dengan tiga try dalam tempoh 10 minit. Pemain tengah, Williams merakam try antarabangsa pertamanya sebelum pemain sayap, Aled Brew dan nombor lapan, Toby Faletau menambah dua try.\rNamibia memperkemaskan pertahanan dan cuba bangkit tetapi flyhalf, Theuns Kotze terlepas enam mata menerusi dua tendangan penalti jarak jauh. Selepas rehat, Williams kembali memulakan kutipan mata menerusi try keduanya, diikuti deretan try barisan depan Wales termasuk yang ketiga Williams.\rMereka mengasak bertubi-tubi dan sukar untuk mengekang mereka, kata kapten Namibia, Jacques Burger. Kami menentang sebuah pasukan mantap, cukup sukar. Ini adalah penamat kempen Piala Dunia kami, Wales akan mara dan kami harap mereka berjaya. Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|