|
MANCHESTER: David Silva yakin Manchester City akan mengutip tiga mata apabila berkunjung ke laman gergasi Bundesliga, Bayern Munich hari ini dengan menampilkan corak menyerang seolah-olah bermain di gelanggang sendiri.\rSilva beraksi cemerlang ketika membantu City menewaskan Everton Sabtu lalu, diturunkan dalam kesebelasan utama bersama Samir Nasri, Edin Dzeko dan Sergio Aguero kumpulan pemain yang sudah meledak 15 gol keseluruhan sepanjang kempen musim ini.\r\n\n\n\n\r Ketika benteng pertahanan Everton tampak sukar ditembusi, bos City, Roberto Mancini menggunakan khidmat Mario Balotelli dan mampu membiarkan penyerang licik seperti Carlos Tevez di bangku simpanan. \r\r\n\n\n\n\n Kepelbagaian pilihan inilah yang dirasakan Silva, perlu digunakan sepenuhnya City ketika mengharungi saingan Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena hari ini. Saya rasa kami mampu melakukan asakan seperti di laman sendiri, kata Silva.\rKami boleh mengekalkan corak permainan kami. Tidak perlu menukar rentak permainan ke atas pasukan lain baik di tempat sendiri mahupun lawan. Kami percaya dengan apa yang kami lakukan dan menaruh keyakinan tinggi antara satu sama lain, jadi ini akan diteruskan.\rHakikatnya, Napoli beraksi baik ketika bertemu kami. Mereka pasukan yang kuat, tetapi menentang Bayern, kami akan melakukan perkara sama mengawal bola, bermain dengan rentak sama dan mendapatkan keputusan positif.\rBagaimanapun penyerang Sepanyol itu tidak mahu terlalu yakin selepas diikat kelab Serie A, Napoli pada perlawanan pembukaan lalu, dan menuntut tumpuan penuh daripada rakan sepasukan untuk setiap perlawanan jika mahu City melepasi peringkat kumpulan ini. \r\n\n\n\n\rKami perlu fokus kepada Bayern Munich dan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Selepas itu kami perlu memperbaiki kelemahan satu persatu dan melihat sejauh mana perjalanan kami dalam kempen ini, kata Silva. Agensi\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|