|
Masing-masing ledak hatrik bantu pasukan belasah lawanBARCELONA: Lionel Messi meledak hatrik untuk membantu Barcelona membelasah Atletico Madrid 5-0, pada aksi Liga Sepanyol awal pagi semalam.\rCristiano Ronaldo turut menghasilkan tiga gol bagi membolehkan Real Madrid membenam Rayo Vallecano 6-2, biarpun beraksi 10 pemain selepas Angel Di Maria dibuang padang pada minit ke-56.\r\n\n\n\n\r Di Nou Camp, pertarungan di antara Messi dan penyerang baru Atletico, Radamel Falcao tidak berlaku apabila Messi lebih menyerlah menerusi ledakan hatrik pada minit ke-26, 78 dan 90 selepas Barcelona mendahului 2-0 hasil jaringan David Villa (9) dan gol sendiri Miranda (15).\r\r\n\n\n\n\n Messi kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Sepanyol dengan lapan gol.\rIa tetap satu perlawanan yang sukar kerana Atletico beraksi dengan baik. Cuma kami berjaya menangani mereka dengan cukup baik. Mereka memiliki pasukan yang baik tetapi kami dapat menjaringkan gol dengan pantas, kata Messi.\rBarcelona dan Sevilla yang menewaskan Valencia 1-0 kini berkongsi 11 mata, satu mata di belakang pendahulu liga, Real Betis manakala Real di tangga keempat berkongsi 10 mata dengan Valencia.\rDi Santiago Bernabeu, selain ledakan Ronaldo pada minit ke-39 serta dua penalti (51 dan 84), tiga lagi gol Real dijaringkan Gonzalo Higuain (45), Raphael Varane (67) dan Karim Benzema (73), manakala Rayo membalas menerusi Miguel Perez Cuesta (1 dan 55).\r\n\n\n\n\rApabila lawan menjaringkan gol awal, ia akan membuatkan segala-galanya tampak sukar. Tapi pemain menunjukkan reaksi yang baik dan meningkatkan permainan, kata jurulatih Real, Jose Mourinho. - AP \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|