|
PASUKAN ragbi lelaki negara menamatkan saingan peringkat Kumpulan B Siri Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Asia HSBC Borneo Sevens di tangga kedua, belakang Hong Kong, semalam. \rMalaysia yang dibimbing Wan Ibrahim Wan Chik melangkah dengan bergaya menundukkan jiran tetangga, Brunei (50-0) sebelum melakar kemenangan kedua ke atas Taiwan (17-0) dan tewas kepada juara bertahan, Hong Kong (35-5), semalam. \r\n\n\n\n\r Dengan kejayaan itu, Malaysia bakal bertemu Filipina dalam saingan suku akhir, hari ini.\r\r\n\n\n\n\n Kecerdasan dan kurang fokus menjadi punca kesilapan pasukan ketika bertemu Hong Kong dan ia sedikit mengecewakan saya.\rApa pun segalanya akan semakin mencabar dan bagi saya pertemuan dengan Filipina esok (hari ini) sangat memerlukan fokus tinggi kerana mereka juga mempunyai barisan pemain bagus, katanya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|