|
LONDON: Chelsea adalah lebih baik daripada Manchester United walaupun mereka tewas 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford minggu lalu, dakwa pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas kelmarin selepas kecewa dengan kritikan terhadap persembahan pasukannya. Lima hari selepas kekalahan itu dan walaupun Chelsea mencatat kemenangan menerusi penalti ke atas Fulham dalam perlawanan Piala Liga pertengahan minggu, pengurus warga Portugal berusia 33 tahun itu masih berasa marah memikirkan kekecewaan dialami di Old Trafford.\n\n\n\nJelas kecewa dengan kritikan yang menyatakan pasukannya \"naif dan bodoh\" berdasarkan corak permainan yang mereka persembahkan di Old Trafford, Villas-Boas berkata, mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka perkatakan. \n\n\n\n\n\"Saya terkejut bahawa orang ramai memilih untuk mengkritik kami sebagai naif dan bodoh di Old Trafford,\" katanya.\"Apa yang berlaku di Old Trafford adalah keputusan negatif buat Chelsea tetapi kami adalah pasukan terbaik dan yang paling berkesan serta pasukan yang mempunyai inisiatif dalam permainan mereka.\"Apa yang kami lakukan ialah mempertahankan corak bola sepak British dan bermain bola sepak dengan corak menarik.\"Saya mendapati ia pelik bahawa orang yang berkaitan dengan bola sepak tidak tahu di mana untuk meletakkan diri mereka mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak dan apa yang terbaik untuk penyokong, kerana penyokong adalah yang paling penting dalam permainan kami. - Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|