|
ITULAH mesej jelas kepada dua bekas juara Piala Malaysia - Selangor dan Kedah yang kini ibarat seperti telur di hujung tanduk yang harus menentukan takdir sendiri ketika digamit tiket ke suku akhir apabila turun ke gelanggang dengan misi hidup atau mati, malam ini.Andai dua pasukan gergasi itu yang kini menghuni tangga ketiga kumpulan itu mampu mengutip mata penuh menewaskan Polis dan Sabah, mereka masih boleh bernafas lega tapi sebarang keputusan lain bererti anak didik P Maniam dan Wan Jamak Wan Hassan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada trofi berprestij itu.\n\n\n\nJuara bertahan, Kelantan yang mungkin diperkuatkan semula dengan kehadiran penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menyekat Jepun daripada berpesta gol dalam saingan kelayakan Olimpik, Rabu lalu hanya perlu seri apabila menentang Johor FC di tempat lawan.\n\n\n\n\nJuara Piala FA, Terengganu juga tertekan untuk menang dan tiga mata harus dituai apabila menentang PKNS Selangor di laman lawan.Kumpulan D turut menjadi tarikan, malam ini dengan pendahulu, T-Team menentang Kuala Lumpur dalam pertembungan dua pasukan teratas yang turut membabitkan Selangor menentang Polis.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|