|
Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong turut ke suku akhir\rJAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei mengetuai tiga wakil negara mara ke suku akhir Terbuka Jepun di Gymnasium Metropolitan Tokyo, semalam dengan kemaraan pasangan muda, Goh V Shem-Lim Khim Wah lebih mencuri tumpuan.\r\n\n\n\n\r Walaupun tumpas 19-21 dalam set pertama tetapi pasangan yang menduduki ranking ke-43 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit menundukkan pasangan China yang menduduki ranking kelapan dunia Chai Biao-Guo Zhendong 21-19, 21-19 dalam saingan hampir sejam. \r\r\n\n\n\n\n Gandingan itu akan menentang rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di suku akhir hari ini selepas pasangan emas itu turut melepasi halangan dengan menumpaskan lawan dari Jepun, Yoshiteru Hirobe-Kenta Kazuno 17-21, 21-11, 21-18 dalam tempoh 46 minit.\rKemenangan Kien Keat-Boon Heong yang juga pilihan ketiga kejohanan itu adalah yang kedua ke atas gandingan dari negara Matahari Terbit itu yang menduduki ranking ke-23 dunia itu selepas menang dalam pertemuan sulung di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.\rApapun, Chong Wei yang memburu kejuaraan ketiga pada kejohanan bernilai AS$200,000 (RM600,000) itu tidak berdepan masalah menundukkan pemain China, Wang Zhengming 21-19, 21-14 dalam tempoh 34 minit dan akan menentang pemain tuan rumah, Kenichi Tago – yang menundukkan pemain Taiwan Chou Tien Chen 21-17, 21-11 – di suku akhir, hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|