CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Saya masih berguna: Owen

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LEEDS: Michael Owen menegaskan dia masih memiliki ketajaman penyudah yang boleh ditawarkan kepada Manchester United selepas membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Leeds 3-0 dalam pusingan ketiga, kejohanan Piala Liga, kelmarin.\rPeranan Owen tampak dihadkan di Old Trafford, tetapi bekas penyerang  Liverpool dan Real Madrid itu membuktikan dirinya masih bernilai apabila menjadi kunci kepada pasukan dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan pertama musim ini membantu kemenangan di Elland Road, kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Penyerang berusia 31 tahun itu akur ingin beraksi lebih banyak perlawanan, tetapi mengakui ia adalah satu pertandingan dan gembira dengan sumbangan setiap kali peluang datang.\r\r\n\n\n\n\n   “Masih terdapat tekanan,” katanya. “Anda tidak banyak mendapat peluang dan kemudian apabila anda diberikan peluang itu, ia akan menjadi beberapa bulan sebelum anda boleh melihat padang semula jika anda gagal beraksi dengan baik.\r“Anda perlu membuktikan kepada diri anda dan orang lain anda boleh beraksi baik tetapi kita beraksi dalam perlawanan yang lebih pantas dan sengit musim ini.” \rOwen, salah satu daripada 11 perubahan yang dibuat Sir Alex Ferguson dalam perlawanan menentang Leeds, jelas gembira dengan peranan dan contoh yang diberikan kepada pemain muda kelab yang sebahagian besarnya beraksi di Elland Road. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037853 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list