|
Pengurus baru didakwa tidak peduli nasib pasukan sejak ambil alih tugas\rBERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Demikian nasib skuad futsal negara yang seolah-olah dipinggirkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sedangkan mereka dalam persiapan mempertahankan pingat perak pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia, November depan.\r\n\n\n\n\r Tinjauan ke kem latihan di Kompleks Sukan Triways, Shah Alam, petang semalam mendapati mereka seperti skuad ‘cacamarba’ apabila masih mengenakan jersi latihan rekabentuk lama, sedangkan skuad bola sepak negara sudah hampir setahun menggunakan jersi rekabentuk baru.\r\r\n\n\n\n\n Malah kebetulan, skuad futsal negara turut mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tanpa jersi untuk perlawanan, mereka hanya menggunakan jersi latihan lama itu.\rKeadaan tidak terurus skuad futsal itu berpunca daripada sikap Pengerusi Jawatankuasa Futsal FAM, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim yang dikatakan langsung tidak mempedulikan hal pasukan sejak mengambil alihnya daripada Datuk Hamidin Mohd Amin, setahun lalu.\rNamun ia tidak melunturkan semangat ketua jurulatih, Maizal Hairi Marzuki serta dua pembantunya, Zaidi Ramli dan Addie Azwan Zainal untuk menyiapkan pasukan menjelang saingan Sukan SEA 2011 dan Pusingan Kelayakan Kejuaraan Futsal Asia 2012.\r“Apa yang merisaukan, kami tidak mempunyai perlawanan antarabangsa cukup kerana hanya dapat bertemu pasukan tempatan sebelum menyertai satu kejohanan jemputan di Vietnam dan siri persahabatan di Bangkok, bulan depan,” kata Maizal selepas skuad negara menewaskan Tentera 3-1, petang semalam.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|