CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Zakry-Fairuzizuan minta BAM longgar syarat ‘sparring’

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PASANGAN kelab profesional KLRC, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari menegaskan mereka terpaksa melupakan seketika hasrat menjalani ‘sparring’ dengan skuad kebangsaan berikutan syarat yang dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\r“Buat masa ini kami terpaksa menangguhkan seketika hasrat itu kerana syarat yang dikenakan BAM terutama soal pakaian memang sukar untuk dipatuhi kerana kami juga tertakluk dengan syarat penaja pakaian dan peralatan kami Li Ning.\r\n\n\n\n\r  “Lagipun, kami memang memerlukan jurulatih (Razif Sidek) untuk datang bersama-sama bagi memantau ‘sparring’ yang dijalankan bagi membolehkannya mengenal pasti kelemahan dan kesilapan yang dilakukan,” kata Fairuzizuan semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Fairuzizuan berkata, bagaimanapun dia dan Mohd Zakry akan cuba berbincang dengan BAM bagi mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk meminta badan induk itu melonggarkan syarat bagi membolehkan mereka dapat menjalani ‘sparring’ dengan skuad negara.\r“Kami kini sibuk membuat persiapan menghadapi kejohanan pertama pada Grand Prix Emas Terbuka Indonesia minggu depan. Jadi, kami mahu fokus terlebih dulu bagi menghadapi kejohanan itu. Lagipun, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen ada membantu kami dalam latihan dan ‘sparring’.\r“Mungkin selepas balik daripada kejohanan itu, kami akan ke BAM bagi berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047484 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list