|
MASIH wujud. Barisan exco sedia ada Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) diterajui Tan Sri Abdul Razak Latiff (gambar) masih memegang jawatan masing-masing sehingga mesyuarat agung dwitahunan (BGM) yang baru diadakan semula.\rSelepas kekecohan mengenai penarikan diri tenis daripada menyertai Sukan SEA Indonesia, kini seperti ada yang tidak kena dengan dalaman badan induk tenis itu sehingga menyebabkan mesyuarat agung dwitahunan (BGM) badan induk tenis yang berlangsung kelmarin terpaksa ditangguhkan.\r\n\n\n\n\r Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh berkata pejabatnya ada menerima aduan daripada satu persatuan negeri yang memaklumkan apa berlaku pada sesi BGM, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, pejabatnya sudah menghubungi LTAM supaya mereka memberi penjelasan punca BGM yang berlangsung kira-kira tiga jam itu terpaksa dibatalkan separuh jalan selepas didapati melanggar perlembagaan ketika agenda pemilihan untuk jawatan exco baru. \rPembatalan BGM itu dilakukan kerana senarai nama calon yang bertanding untuk jawatan presiden, tiga naib presiden, setiausaha, bendahari dan penolong bendahari tidak dikemukakan dalam senarai agenda BGM dalam tempoh tidak lebih 30 hari seperti disyaratkan dalam perlembagaan 7 2 (b).\r“Dalam kes penangguhan BGM itu, mereka perlu membuat kembali BGM mengikut masa ditetapkan dan memaklumkan jika mahu melanjutkan tempoh masa. Kita tidak mahu mereka cakap menangguhkan tetapi kita tidak tahu sampai bila akan diadakan semula,” katanya mengulas mengenai tempoh penggal exco yang sepatutnya berakhir 30 September ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|