|
Cabaran 9 hari itu bakal himpun bintang tenis dunia\rTIGA pemegang tiket wild-card cabaran edisi ketiga Tenis Terbuka Malaysia Kuala Lumpur 2011 - Ahmed Deedat Abdul Razak, Si Yew Ming dan Ariez Elyaas Deen Heshaam bertekad melakukan yang terbaik pada kejohanan itu yang bakal membuka tirainya di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r Namun, pastinya debaran lebih dirasai Ahmed Deedat yang buat pertama kali muncul dalam saingan kelayakan perseorangan cabaran edisi ketiga itu biarpun beraksi di hadapan peminat tempatan.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak meletakkan sebarang sasaran terlalu tinggi kerana ramai pemain yang bagus dalam cabaran ini. Saya cuma berharap dapat bermain baik memandangkan saya sudah melakukan persiapan sejak dari awal lagi.\r“Saya juga mendapat nasihat daripada Ariez dan dia berkata pengalaman bermain di sini adalah sama sekali berbeza seperti perlawanan biasa,” kata pemain yang pernah mengutip pengalaman bermain di Piala Davis, Julai lalu. \rCabaran sembilan hari itu bakal menghimpunkan nama besar seperti pemain ranking kesembilan dunia dari Republik Czech, Tomas Berdych, pemain ranking ke-11 dari Sepanyol, Nicolas Almagro yang turut disertai pemain lain daripada 15 negara berbeza termasuk Bernard Tomic (Australia), Milos Raonic (Kanada), Jurgen Melzer (Austria), Janko Tipsarevic dan Viktor Troicki (Serbia).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|