CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Lega sikit!

[Copy link]
Post time 19-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Shukur harus kuasai bahagian tengah Olimpik\rADA perkhabaran dari Jepun, semalam yang harus memberi sedikit kelegaan buat barisan didik Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang jaguh Asia itu dalam saingan Kumpulan C, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Wilayah Saga, Rabu ini.\r\n\n\n\n\r  Pemain tonggak tengah pasukan tuan rumah, Kosuke Yamamoto dikhabarkan tercedera ketika aksi Liga Jepun, Rabu lalu dan tahap kecergasannya diragui jurulatih, Takashi Sekizuka yang terpaksa memanggil Kota Mizunuma mengisi kekosongan itu.\r\r\n\n\n\n\n  Ia sekadar menjelaskan betapa pemain tengah skuad Olimpik negara, Abdul Shukur Jusoh harus memainkan peranan penting menafikan tuan rumah menguasai posisi ini yang boleh mengubah wajah cabaran pasukan negara.\r“Secara peribadi, saya sudah bersiap dari segi fizikal dan mental untuk turun berdepan Jepun. Saya janji akan beri 100 peratus persembahan sepanjang perlawanan nanti.\r“Walaupun saya tak bermain pada tiga aksi kelayakan awal sebelum ini, saya dan Gurusamy sebenarnya sudah biasa bergandingan kerana kami sudah tiga tahun bersama sejak 2008,” kata Abdul Shukur yang berasal dari Terengganu.\rPenyerang berusia 22 tahun itu yang tidak diturunkan pada kedua-dua aksi pusingan pertama bertemu Pakistan serta aksi pertama pusingan kedua menentang Lubnan di Beirut masuk pada minit ke-55 ketika skuad negara menewaskan Lubnan  2-1 pada aksi kedua di Bukit Jalil, 23 Jun lalu.\r\n\n\n\n \rPeluang terhidang buat Abdul Shukur setelah tonggak tengah, Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah pada minit ke-51 ketika perlawanan tersebut, sekali gus digantung satu perlawanan dan tidak dibawa ke Jepun oleh jurulatih, Kim Swee.\rNamun ia langsung tidak menggentarkan Abdul Shukur untuk menampilkan persembahan terbaiknya apabila bakal bergandingan dengan K Gurusamy di posisi tengah pada perlawanan Rabu ini.\rDitanya tentang ketiadaan Gary Steven dan seorang lagi pemain, Ahmad Fakri Saarani yang turut digantung, Abdul Shukur berkata: “Tak kisahlah siapa yang ada atau tidak. Yang penting sesiapa yang turun nanti tampil dengan tekad mencipta kejutan ke atas Jepun.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.041835 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list