CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Cedera bukan halangan

[Copy link]
Post time 18-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BERLATIH dan terus berlatih! Itu ungkapan tepat buat pemenang pingat gangsa angkat berat kategori 69 kilogram Sukan Komanwel New Delhi 2010, Hafifi Mansor yang tanpa jemu mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Angkat Berat Dunia di Perancis, 5 hingga 13 November depan walaupun diulit kecederaan otot pinggang awal bulan ini.\rHafifi yang sebelum itu menjalani program latihan intensif kira-kira dua bulan di Beijing, China sejak Mei lalu, berkata dia enggan sesekali menjadikan kecederaan sebagai modal untuk tuang kelas buat dirinya mengutip mata di kejohanan itu, sekali gus melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, tahun depan. \r\n\n\n\n\r  Secara peribadi saya mensasarkan untuk berada antara lima nama teratas pada kejohanan itu dan perlu bagi saya secara terus menerus menjalani latihan. Sejak kembali dari China (latihan), saya tidak berhenti berlatih walaupun ketika Ramadan.\r\r\n\n\n\n\n   Kecederaan ini bagaimanapun sedikit sebanyak membuatkan saya bimbang tetapi apabila memikirkan mengenai kejohanan penting itu, saya kekal fokus dan meneruskan latihan, kata Hafifi yang kecewa tidak dapat menguji prestasi diri di Sirkit 2 Kejohanan Angkat Berat kebangsaan 2011 di Keramat, Kuala LumpurJumaat lalu.\rDalam latihan baru-baru ini, saya mampu mengangkat bebanan 175 kilogram untuk clean & jerk dan itu satu perkembangan baik tetapi tercedera pula. Saya harap kecederaan ini segera sembuh sebelum kejohanan dunia.\rAndai pulih sepenuhnya dan diberi tanggungjawab menghadapi kejohanan itu nanti, dia yang teruja untuk menampilkan aksi sulungnya tetap menjangkakan saingan sengit, ditambah dengan kebangkitan pesaing baru terutama daripada negara jiran, Indonesia. \rApa yang saya lihat kini, Indonesia secara tiba-tiba melahirkan atlit angkat berat baru dan mampu memberi saingan kepada nama besar seperti China. Tetapi saya akan cuba lakukan yang terbaik, katanya.\r\n\n\n\n\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.429815 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list