|
Cetus revolusi permainan tenis lelaki dunia sudah beralih tangan\rNEW YORK: Novak Djokovic (atas) melengkapkan satu daripada musim tenis terhebat dengan meraih kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin yang mungkin boleh memberi gambaran ketaksuban terhadap final “Rafa mln Roger” sudah berakhir.\r\n\n\n\n\r Pemain 24 tahun dari Serbia itu memecahkan halangan getir untuk menewaskan juara bertahan, Rafael Nadal 6-2, 6-4, 6-7, 6-1 dan merangkul kejuaraan Grand Slam ketiganya tahun ini, menggariskan bahawa keseimbangan kuasa dalam permainan lelaki sudah beralih tangan.\r\r\n\n\n\n\n Pemenang kejuaraan Grand Slam tujuh kali, Mats Wilander berkata, Djokovic dijangka akan pantas memenangi lebih banyak kejuaraan utama selepas memenangi yang pertama di New York dan keempat dalam kariernya.\r“Dia melompat satu tahap,” kata Wilander.\r“Saya rasa ini baru permulaan. Dia mungkin sedang mengharungi detik cemerlang, tetapi ia bukan seperti detik cemerlang itu akan berakhir. Itu menunjukkan betapa bagus dirinya.”\rDjokovic bergelut dengan kesakitan bahagian rusuk, bahagian bawah pinggul serta mengalami kekejangan yang mana dia perlu meminta rehat dan ubat penahan sakit untuk meneruskan aksi pada final memeritkan itu.\r\n\n\n\n\rSelepas mengucapkan tahniah kepada pemenang itu ketika berada di atas gelanggang, pemenang kejuaraan utama 10 kali, Nadal memberitahu: “Sebenarnya, sekarang ini saya berasa kecewa. Lelaki ini melakukan perkara sukar dipercayai. Maka, tahniah kepada Novak. Apa yang anda lakukan tahun ini mungkin mustahil untuk diulangi.” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|