SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00
Orang ramai digalakkan membuat pembukaan akaun SSPN di kaunter Maybank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank SAHAJA. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Aduan Online |