|
NEW YORK: Juara tiga kali, Serena Williams mengetepikan cabaran pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, kelmarin untuk membuat perhitungan menentang Samantha Stosur dalam final wanita Terbuka AS yang menjanjikan saat emosi.\rSerena - juara 13 kali Grand Slam- berkata dia teruja mewakili Amerika Syarikat ketika sambutan ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 yang menimbulkan kemarahan di New York apabila Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia musnah. \r\n\n\n\n\r Tarikh 9-11 terutamanya, sungguh bermakna kepada saya kerana saya masih berada di sini sebagai warga Amerika dan masih kekal beraksi dalam kejohanan, katanya selepas menundukkan pilihan pertama Wozniacki 6-2, 6-4.\r\r\n\n\n\n\n Stosur - naib juara Terbuka Perancis 2010 - mara ke final Grand Slam kedua dalam kariernya selepas menewaskan pemain bukan pilihan dari Jerman, Angelique Kerber 6-3, 2-6, 6-2.\rSerena memburu kejuaraan Grand Slam ke-14 dan pertama sejak Wimbledon 2010. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|