|
Springboks beraksi hambar sekadar menang tipis 17-16 ke atas Wales \rWELLINGTON: Afrika Selatan bermula goyah dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Ragbi Piala Dunia apabila sekadar menang tipis 17-16 ke atas Wales, semalam.\rSpringboks yang menyenaraikan 16 pemain yang memenangi kejuaraan 2007 dalam skuad pada perlawanan itu dengan 11 daripadanya beraksi dalam barisan permulaan, membenarkan Wales mendominasi saingan dan kemenangan itu jelas bukan jaminan dalam saingan berlangsung sengit. \r\r Try daripada Frans Steyn dan Francois Hougaard, serta Morne Steyn yang menyempurnakan dua conversions dan penalti, sudah cukup membantu menundukkan barisan Wales yang memperoleh mata daripada try Toby Faletau dan James Hook memperoleh 11 mata daripada sepakannya.\r\n\n\n\n\n\rSudah tentu ia menjadi pengajaran paling berguna kepada kami apabila bangkit dalam situasi sukar, kata ketua pasukan Springboks John Smit. Ada sedikit kerja yang perlu dilakukan tetapi kami cukup gembira dengan keputusan petang ini. \rKetua pasukan Wales, Sam Warburtona berkata kekalahan itu adalah kekecewaan paling besar.\rKami beraksi baik tetapi kami gagal mencatat kemenangan.\rSementara itu, Australia memulakan aksi awal dengan hambar, namun kembali meledak dengan empat try pada babak kedua buat mengatasi Itali 32-6 pada perlawanan di Stadium North Harbour.\rJuara Tri-Nations itu terikat 6-6 selepas aksi hambar pada separuh masa tetapi try daripada Ben Alexander, Adam Ashley-Cooper, James OConnor dan Digby menyaksikan mereka memperoleh mata bo nus dalam Kumpulan C yang turut membabitkan Ireland, Russia dan Amerika Syarikat. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|