|
Hadapi saingan China Masters di ChangzhouPASANGAN emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong akan bersatu secara rasmi dengan jurulatih pilihan mereka, Pang Cheh Chang apabila bekas jurulatih beregu wanita itu akan membimbing mereka pada China Masters di Changzhou, bermula esok.\rPasangan kelima dunia itu berlepas semalam hanya bertemu Cheh Chang di Changzhou selepas jurulatih itu terbang terus ke sana dari Taiwan selepas selesai tugasan terakhir bersama anak didiknya di Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan yang berakhir, semalam.\r\n\n\n\n\r Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai, berkata pihaknya bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi kepada pasangan itu kerana kejohanan bernilai AS$200,000 (RM600,000) itu turut disertai semua beregu handalan dunia.\r\r\n\n\n\n\n Lagipun, masalah mereka baru saja selesai dan mereka belum pun mendapat sentuhan sebenar Cheh Chang. Namun, kita harap keputusan yang diputuskan sekurang-kurangnya memberi suntikan semangat kepada pasangan itu untuk mempamerkan semula keupayaan sebenar mereka, katanya.\rKien Keat-Boon Heong yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan akan menentang pasangan tuan rumah, Chai Biao-Guo Zhandong pada pusingan pertama dan selepas beraksi dalam kejohanan itu mereka akan terus ke Tokyo menyertai Terbuka Jepun.\rSementara itu, jurulatih skuad pelapis, Tan Kim Her yang baru tiba dari Taiwan mengakui terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Latihan dan kejurulatihan (CTC) BAM, Khamis lalu yang melantiknya mengambil alih tugas Rexy Mainaky selaku ketua jurulatih beregu lelaki.\rSaya terkejut apabila mendengarnya. Ia tanggungjawab berat, tetapi saya berjanji akan menjalankan tugas sebaik mungkin bagi membalas semula kepercayaan BAM. Apapun, saya akan bertemu Chin Chai dan Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) Selasa ini untuk berbincang, kata Kim Her.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|