CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Gaddafi digesa menyerah diri

[Copy link]
Post time 4-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Turki sokong rejim baru Libya syarat henti pertumpahan darah\rTRIPOLI: Duta Turki ke Libya, Ali Kemal Aydin, menggesa Muammar Gaddafi dan anggota keluarganya menyerah diri dan berjanji memberi bantuan secukupnya kepada negara Afrika Utara itu dalam proses menuju demokrasi.\r\n\n\n\n\r“Kami jangka keluarga Gaddafi akan menyerah diri kepada kehakiman Libya. Tiada jalan lain lagi bagi mereka,” kata Ali, duta pertama untuk kembali ke Tripoli sejak Gaddafi digulingkan.\r\r\n\n\n\n\nBeliau menegaskan, langkah itu penting bagi menghentikan pertumpahan darah berterusan.\rPada masa sama, Turki, katanya, tidak akan menjadi orang tengah antara Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan keluarga Gaddafi.\r“Kami sejak awal lagi minta Gaddafi dan ahli keluarganya menyerah kuasa kepada rakyat Libya. Malangnya, mereka tidak ikut nasihat kami,” katanya.\rDi WASHINGTON: Fail yang ditemui dalam bangunan kerajaan Libya menunjukkan kerjasama rapat antara Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan Gaddafi, termasuk memindahkan suspek pengganas ke negara Afrika Utara itu untuk disoal siasat.\r\n\n\n\n\rCIA ketika pentadbiran Presiden George W Bush membawa suspek pengganas ke Libya dan mencadangkan soalan yang sepatutnya ditanya penyiasat negara itu, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ), sambil menambah fail berkenaan ditemui di ibu pejabat agensi Keselamatan Luar Libya.\rCIA juga mahu terus ‘hadir’ di negara itu, lapor WSJ, menurut nota pegawai tinggi CIA, Stephen Kappes, kepada ketua perisik Libya ketika itu, Moussa Koussa.\rBagi menunjukkan hubungan rapat mereka, nota bermula dengan ‘Dear Musa’ dan ditandatangani dengan ‘Steve’.\rSeorang pegawai Amerika yang tidak dinamakan WSJ, Libya mahu menyambung hubungan diplomatik dengan Barat pada 2004.\r“Cuma ingat, pada 2004, Amerika berjaya meyakinkan Libya untuk menamatkan program senjata nuklearnya dan membantu menghentikan pengganas yang secara aktif mensasarkan Amerika di negara sendiri dan di luar negara,” kata pegawai berkenaan.\rFail itu ditemui penyelidik Human Rights Watch  yang melawat bangunan kerajaan dan menyerahkan salinan kepada Wall Street Journal. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.877181 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list