CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17096|Reply: 5

Takut Tanggung Dosa, Nora Danish Beri Baju Seksi Kepada Rakan Bukan Islam

[Copy link]
Post time 25-2-2025 10:53 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon Nora Danish berkata dia mengambil keputusan menderma semua pakaian lama yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam.

Memetik Kosmo, Nora berkata dia enggan menjual pakaian tersebut kerana bimbang akan menanggung dosa jika menjual kepada individu yang membelinya.

“Pakaian zaman saya seksi dulu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma je. Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia kini dalam proses untuk memadam gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram namun perlu mengambil masa kerana jumlahnya yang banyak.

  


“Saya kena buang semua gambar tidak menutup aurat, tetapi mengambil masa sebab jumlahnya lebih 26,000 keping. Baru beberapa ribu dipadam, masih banyak lagi. Saya kena belek satu persatu. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam hati, ‘apa lah aku buat dulu’.

“Namun itu merupakan proses kehidupan. Kalau tidak lalui fasa-fasa itu, mungkin tidak rasa menyesal seperti sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Nora mengakui untuk berhijrah itu mudah namun tidak mudah untuk istiqamah serta berdoa agar kekal berada di jalan yang benar.

  


“Berhijrah itu mudah, tapi istiqamah sangat mencabar. Bukan sekadar pakaian, tapi juga menjaga solat awal waktu dan aspek lain. Saya selalu berdoa agar Allah kekalkan rasa sedih dan rasa berdosa dalam diri supaya sentiasa beringat.

“Kalau tanya petua istiqamah, saya sendiri tiada jawapan. Cuma sentiasa berdoa agar dikelilingi orang baik yang mengingatkan saya,” katanya.

SUMBER: Kosmo, Rotikaya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 26-2-2025 12:57 AM

Semakin matang, alhamdullillah. Eloklah tuu klau bgi ke org Islam mcm mnggalkkan seksi pulakk.  Stuju dgn nora dikelilingi org baikk sgt menggalakkan utk istiqomah. Sbb nnti kita kne tempias or terikut ikut dgn kebaikan yg dbuat
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Deja vu pulak penghijrahan rahimah rahim.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:01 AM | Show all posts
You seksi memang cantik dan comel je huntok ditatap...acik pun suka tengok
Tapi, Alhamdulillah. u ken do it girl.
Hijrah dulu. istiqomah itu akan datang seiring usaha dan doa. memperhamba, meminta, merayu, mengemis itu method masing2.

Sementara itu....

Nora Danish vs Nora Ariffin
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Berjanji dgn Allah ni hanya diri sendiri je yg boleh kontrol diri..bila kita betul2 nk buat kerana Allah..sb perjanjian yg sungguh2 tu antara diri kita dgn Allah..tp bukan mudah untuk konsisten..apa pun teruskan istiqomah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nowa sekarang..truskn usaha2 murni syaya bg 5 bintang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 2.598718 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list