|
DAEGU (Korea Selatan): Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt bangkit daripada kekecewaan dibatalkan pada acara 100m untuk meraih pingat emas 200m pada kejohanan olahraga dunia semalam, dengan catatan masa keempat terpantas pernah dihasilkan - 19.40 saat.Hanya Boltt, 25, yang juga juara bertahan dan pemegang rekod dunia acara 200m itu melakukannya dua kali dan legenda trek Amerika Syarikat (AS), Michael Johnson pernah melakukan larian lebih pantas daripada catatan itu.\n\n\n\n “Saya berasa hebat. Saya masih yang terbaik,” kata Bolt. “Saya membuat kesilapan dalam acara 100m tetapi saya mungkin memenanginya.”\n\n\n\n\n Dix meraih pingat perak dengan catatan terbaiknya musim ini iaitu 19.70s dengan pelari Perancis, Christophe Lemaitre tampil dengan larian kencang pada penghujung saingan untuk meraih pingat gangsa dengan mencatat rekod kebangsaan negaranya, 19.80s.“Saya mahu hadiahkan AS dengan pingat emas, tetapi ia tidak jadi kenyataan, saya terpaksa memujuk diri saya untuk berpuashati dengan pingat perak. Dia nyata terlalu handal,” kata Dix mengenai Bolt. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|