|
KEHADIRAN tiga pasukan Liga Super – Selangor, Kuala Lumpur dan T-Team dalam Kumpulan D, Piala Malaysia bermula Selasa ini jelas tidak melemahkan semangat skuad Polis, musim ini.\r“Walaupun kami dari Liga Perdana pasukan tidak akan mudah mengaku kalah sebaliknya akan memberi tentangan sengit dalam setiap pertemuan,” kata jurulatih pasukan, K Thayanathan.\r\n\n\n\n\r Katanya, pengalaman bermain dalam Liga Super dua musim lalu dijadikan panduan memandangkan kebanyakan pemain pernah beraksi dalam liga berkenaan pada 2008 dan 2009.\r\r\n\n\n\n\n “Pengalaman ini boleh membantu kami bagi menghadapi lawan lebih berpengalaman,” tambahnya.\rPolis sudah menguji kesebelasannya menentang pasukan seperti Perak dan Kelantan dan perlawanan ini membantunya menilai tahap kemampuan barisan didiknya.\rDalam perlawanan persahabatan dengan Perak, pasukan tewas 5-0 dan kalah tipis kepada Kelantan, 1-0 dan menang 2-1 mengatasi juara baru Liga perdana, Selangor PKNS.\r“Selangor berbeza memandangkan ia pasukan pilihan dalam kejohanan ini. Kami menghormati mereka tetapi tidak akan memberi laluan mudah,” kata Thayanathan.\r\n\n\n\n\rAntara pemain sandaran musim ini adalah Wilfred Jabun, Fauzi Majid, Nazrul Effendy Mohamad Noor dan Eddy Gapil.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|