|
Elavarasan mula canang cabaran barisan walau sedar ranjau agak sukarPASUKAN berstatus kelab, FELDA United dilihat mampu memberi tekanan dalam saingan Kumpulan C dan jurulatih pasukan, E Elavarasan sudah mula mencanang cabaran barisannya memburu slot ke saingan suku akhir Piala Malaysia, musim ini.\r“Kami mahu menjadi lapan pasukan terbaik ke suku akhir walaupun sedar ranjau agak sukar, terutama menentang Kelantan.\r\n\n\n\n\r “Peluang FELDA banyak bergantung kepada dua perlawanan iaitu bertemu Johor FC dan Sarawak sebelum menentang Kelantan,” katanya Elavarasan yang mengharapkan kemenangan dalam dua perlawanan itu jika tidak mahu tersingkir. \r\r\n\n\n\n\n Dengan bekalan pemain berstatus senior seperti bekas penggempur skuad kebangsaan, Nizarudin Yusof dan bekas pemain skuad B-23 kebangsaan, Juzaili Sameon, pasukan yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Januari 2007 itu meminjam pemain Harimau Muda, D Saarvindran (Harimau Muda B), K Ravindran dan S Sivanesan (Harimau Muda A) bagi membantu menghadapi saingan kempen Piala Malaysia 6 September ini.\r“Saarvindran dan Ravindran sudah dapat menyesuaikan diri. Sivanesan yang cedera sebelum ini dilihat sudah pulih dan yakin mereka dapat membantu pasukan,” katanya yang bakal menurunkan Sivanesan pada perlawanan pembuka tirai bertemu Johor FC di gelanggang lawan. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|